Penggunaan lampu berkuasa solar di lebuh raya bagi meningkatkan keselamatan pengguna pada waktu malam wajar dikaji dan pemasangannya tidak seharusnya dilakukan secara menyeluruh tanpa mengambil kira tahap risiko dan keberkesanan kos.
Pengasas dan Penasihat Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR), Encik Jamil Manan Supri, berkata pencahayaan yang mencukupi boleh meningkatkan jarak penglihatan pengguna serta memberi amaran lebih awal mengenai keadaan...





