NYON (Switzerland): Ketua pengadil Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), Roberto Rosetti, berkata bahawa sebahagian semakan Video Pembantu Pengadil (VAR) “tidak berkaitan dengan bola sepak”, selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin liga terkemuka Eropah pada Julai lalu.
Rosetti berkata demikian semasa beliau melancarkan Clear Line, sebuah portal pertama untuk menerangkan kepada peminat bila VAR patut, dan tidak patut campur tangan.





