Kebenaran pasti bersinar benar apabila kebatilan tergeliat tercalar nanar tiada lagi onar berkicau racau keadilan mengakar ke bumi insani merafakkan mutmainah menggapai ke langit kemanusiaan berjalur isbat berulit hasanah.
Kebenaran pasti bersinar benar sentiasa basah dalam diri yang tercabar penuh tabah dan sabar atas nama islah menepis kebatilan yang resah menggugah tak sudah mampu dihalau sekalipun terbeban menerjah seribu musim...





