Pemerintah Indonesia akan mematuhi keputusan Mahkamah Perlembagaan yang mengarahkan pembiayaan program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG), iaitu program makanan percuma untuk pelajar yang menjadi inisiatif utama Presiden Prabowo Subianto, dikeluarkan daripada peruntukan belanjawan pendidikan negara selewat-lewatnya dalam Belanjawan Negara 2028.
Mahkamah Perlembagaan pada 30 Julai memutuskan bahawa pembiayaan program MBG bukan sebahagian daripada komponen teras penyediaan pendidikan seperti yang diperuntukkan dalam...





