Pemerintah sedang mengkaji untuk mengekalkan kawasan hijau yang ketara di sepanjang bekas tapak Laluan Kereta Api Jurong sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan Sunset Way berdekatan Hutan Maju pada masa hadapan.
Ia akan memelihara bahagian penting warisan kereta api Singapura sambil mengekalkan ketersambungan ekologi di dalam tapak tersebut, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Encik Alvin Tan.





