Pihak berkuasa telah menumpaskan rancangan seorang pelajar menengah dua berusia 14 tahun untuk menggunakan pisau dan menikam guru serta rakan bukan Muslim di sekolahnya.
Pelajar itu, yang tidak dinamakan kerana berusia bawah 18 tahun, ditahan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Mei 2026, hanya beberapa minggu sebelum tarikh yang ditetapkannya untuk melakukan serangan pada cuti sekolah Jun.





