LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa mengikut undang-undang pengganasan Britain selepas polis mendakwa menemui rancangan untuk menyerang dua masjid di selatan London yang dikaitkan dengan fahaman pelampau sayap kanan.
Polis Metropolitan London berkata remaja itu pada mulanya ditahan pada 9 Julai lalu kerana disyaki melakukan perbuatan khianat terhadap sebuah kenderaan di selatan London.





