WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dijangka menawarkan semula penyertaan Turkey dalam program jet pejuang siluman F-35, sekali gus membatalkan larangan yang dikenakannya sendiri terhadap Ankara tujuh tahun lalu atas alasan keselamatan negara.
Langkah itu dijangka diumumkan sempena sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Ankara yang berlangsung pada 7 hingga 8 Julai dan dilihat sebagai usaha Encik...





