BANTING (Selangor): Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam rakan sekolahnya dalam kejadian di sebuah sekolah di Banting, Selangor, pada 6 Julai, ditahan reman selama empat hari mulai 7 Julai, bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, yang mengesahkan perkara itu, berkata perintah reman terhadap remaja berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di...





