JOHOR BAHRU: Sebanyak tujuh laporan polis berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 diterima sejak hari penamaan calon pada 27 Jun sehingga 28 Jun, dengan tiga daripadanya telah dibuka kertas siasatan membabitkan pelbagai kesalahan jenayah dan penyalahgunaan media sosial.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata siasatan itu melibatkan satu kes khianat menggunakan api atau bahan letupan mengikut Seksyen...





