Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan gabungan pemimpin berpengalaman dan muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai strategi mempertahankan mandat mentadbir negeri itu.
Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan senarai 56 calon yang akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), terdiri daripada 37 calon Umno, 15 calon Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan empat calon Kongres India...





