LONDON: Rakyat Britain rata-rata kelihatan mengalu-alukan berita peletakan jawatan Perdana Menteri Keir Starmer, tetapi memberi amaran banyak cabaran menanti bagi bakal penggantinya.
“Saya tidak terkejut Perdana Menteri telah meletak jawatan. Saya pasti, atas semua sebab yang betul, ia telah melegakan ramai orang,” kata peguam Encik Alan Collins, ketika bergegas ke mesyuarat di pejabatnya di London.





