Inisiatif yang bermula empat tahun lalu melalui kerjasama tujuh agensi masyarakat Melayu/Islam bertujuan menyokong 150 keluarga bekas pesalah kini diperluaskan untuk membantu lebih 460 keluarga sempena Aidiladha.
Program Pengagihan Korban Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMORN) 2026 – yang berlangsung di Masjid An-Nur pada 20 Jun – kini melibatkan rekod 17 agensi masyarakat yang bergabung tenaga dan sumber.





