KUALA LUMPUR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) menggesa kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan (KKM) supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap penjualan vape khususnya yang dipasarkan tanpa kawalan, melalui pelbagai wadah dalam talian di negara itu.
Pengerusi Biro Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Pemadam, Datuk Jamelah A Bakar, berkata lambakan jualan vape termasuk melalui media sosial, wadah e-dagang, laman sembang seperti WhatsApp...





