Di Kejohanan Powerlifting Classic Terbuka Dunia baru-baru ini, atlet Singapura, Farhanna Farid, memikul dua peranan serentak sebagai peserta pertandingan dan juga jurulatih kepada rakan sepasukannya.
Walaupun tanggungjawab berganda itu memerlukan beliau membahagikan fokus dan beralih peranan sepanjang kejohanan, ia ternyata menjadi satu kelebihan apabila beliau berjaya mencatat rekod dunia ke-14 dengan angkatan ‘deadlift’ seberat 220.5kg dalam kategori wanita 52 kilogram...





