BATAM: Peningkatan jumlah pelancong dari Singapura dan Malaysia sejak beberapa bulan lalu memberi nafas baharu kepada sektor perdagangan dan perusahaan kecil di Batam, Indonesia.
Ramai pengunjung mengambil kesempatan terhadap kadar tukaran mata wang yang memihak kepada mereka untuk membeli-belah dan berbelanja di bandar pulau itu.





