Daripada 20 pasukan yang mewakili lima negara, Madrasah Alsagoff Al-Arabiah muncul sebagai juara Bahas Piala Syed Abdul Rahman Aljunied (BP SARA) 2026 pada 11 Jun lalu.
Pasukan itu menewaskan seteru dari Pondok Modern Darussalam Gontor, dari Indonesia, yang meraih gelaran naib juara dalam perdebatan bahasa Arab yang diadakan secara dwitahunan oleh Madrasah Aljunied Al-Islamiah.





