Mulai 7 Jun, Skypark Sentosa bakal memperkenalkan dua gelongsor baharu setinggi 44 meter – bersamaan bangunan 14 tingkat – yang dipercayai gelongsor kering tertinggi di Asia Tenggara.
Hasil kerjasama antara wadah tempahan perjalanan, Klook dengan Skypark Sentosa, tarikan yang dinamakan Skyslides by Klook ini menawarkan dua gelongsor lingkaran tertutup yang mendebarkan iaitu Skydrop dan The Big Klook Slide.





