KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memperoleh perintah mahkamah untuk melucut hak sebuah apartmen mewah di New York, yang didakwa dibeli menggunakan dana yang diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam kenyataan pada 27 Mei, DOJ berkata tindakan berkenaan menyelesaikan kes pelucuthakan sivil yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Daerah Tengah California untuk mendapatkan semula aset bernilai...





