JOHOR BAHRU: Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor yang akan diadakan pada 17 Mei adalah wadah penting menentukan hala tuju kerjasama PH dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya.
Ahli Parlimen (AP) Pulai, Encik Suhaizan Kaiat, berkata konvensyen di Persada Johor Bahru itu mesti menjadi pentas untuk memperjelas kedudukan dan strategi politik terkini Kerajaan Perpaduan di negeri itu.





