KOTA BHARU (Kelantan): Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 2,384 rakaman kesalahan lalu lintas menerusi penggunaan dron sepanjang tiga hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 yang bermula 16 Mac, membabitkan empat kesalahan utama.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata empat kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan jalan raya, iaitu memotong di garisan...





