Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) berjaya mengumpulkan lebih $635,000 dana bagi tiga kempen berbeza yang dijalankan pada akhir 2025.
Dana tersebut dikumpulkan bagi tiga rayuan bantuan kecemasan termasuk bencana banjir Afghanistan-Pakistan; bencana banjir Asia (Indonesia dan Sri Lanka); serta bantuan kecemasan buat Sudan.





