Sentosa akan dipertingkat dengan hab pengangkutan baru, menghubungkannya dengan Pulau Brani di Keppel Harbour, yang kini dikenali sebagai Greater Sentosa.
Ini adalah fasa pertama Pelan Induk Greater Sentosa, umum Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) di Parlimen pada 2 Mac.





