Umno menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada 2026, bagi memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), tidak lama lagi.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang berlangsung pada 26 Februari bersetuju menangguhkan pemilihan parti pada satu tarikh tidak lebih enam bulan...





