Semua perniagaan berdaftar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mesti menghantar invois digital kepada Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) melalui InvoiceNow menjelang April 2031, kata Menteri Negara Kanan (Kewangan), Encik Jeffrey Siow.
Berucap di Parlimen pada 26 Februari semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Kewangan (MOF), Encik Siow berkata langkah ini akan menarik kira-kira 90,000 lagi perniagaan ke rangkaian InvoiceNow, menjadikannya...





