Dalam suasana ekonomi sejagat yang kian mencabar dan dipacu teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), perniagaan Melayu Islam di Singapura perlu berani keluar daripada zon selesa dan memikirkan strategi pertumbuhan jangka panjang.
Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, dalam podcast BHerbual Berita Harian berkata semakin ramai usahawan muda Melayu/Islam kini meneraju firma yang bersifat terbuka dan merentas sektor.





