Lebih 20 anak-anak dari Rumah Anak Yatim Darul Ihsan berpeluang belajar membina prototaip robot ringkas dan membuat eksperimen di makmal kimia hasil bimbingan sekumpulan mahasiswa Melayu/Islam di Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) baru-baru ini.
Malah, mereka juga berpeluang mencuba warisan Melayu serta berjalan-jalan di kampus-kampus SIT dan SUTD sebagai sebahagian dari program pendedahan...





