PEKANBARU: Penguasa wilayah Riau kini meningkatkan tahap kesiapsiagaan terhadap risiko kebakaran hutan dan tanah ketika musim hujan menghampiri penghujungnya, selepas lebih 120 hektar kawasan dilaporkan terbakar di hampir seluruh wilayah itu sejak awal 2026, menurut pihak berkuasa tempatan.
Ketua Pelaksana Badan Pengurusan Bencana Daerah dan Pemadam Kebakaran (BPBD Damkar) Riau, Encik M Edy Afrizal, berkata pihaknya merekodkan sekurang-kurangnya 13 kebakaran...





