Dalam menghadapi persekitaran global yang semakin rumit dan mencabar, Singapura perlu memperkukuh kedudukan sebagai peneraju global dalam sektor pertumbuhan utama sambil membantu perniagaan dan pekerja memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) bagi merebut peluang baru.
Langkah tersebut merupakan antara tujuh saranan utama yang dibentangkan oleh lima jawatankuasa Semakan Strategi Ekonomi (ESR) dalam kemas kini pertengahannya – sejak ESR dilancarkan pada Ogos 2025...





