MANILA: Sebuah feri yang membawa lebih 350 penumpang karam pada pagi 26 Januari di selatan Filipina, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 28 dilaporkan masih hilang, kata pengawal pantai.
Feri MV Trisha Kerstin 3 mengeluarkan isyarat kecemasan sekitar 1.50 pagi, sekitar empat jam selepas ia berlepas daripada Pelabuhan Bandar Zamboanga di hujung barat daya Mindanao, kata pengawal pantai dalam satu...





