Sekumpulan peminat Iskandar Ismail, yang menggelarkan diri mereka Eissentials FC, setia menantikan kepulangan juara Gegar Vaganza (GV) musim ke-12 itu di Lapangan Terbang Changi, pada awal pagi 22 Januari.
Setelah lebih dua minggu berada di Kuala Lumpur bagi pertandingan nyanyian itu, Iskandar, yang tiba di Singapura pada 1 pagi, mengakui rasa penatnya hilang sebaik sahaja melihat kehadiran sekitar 20 peminat...





