KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, bersyukur apabila pembedahan tulang belakang yang dijalaninya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKMSC), pada 19 Januari, berjalan lancar meskipun berdepan risiko besar terhadap pita suaranya.
Menurut Noh, pembedahan itu dilakukan bagi merawat masalah tulang belakang bahagian tengkuk, C6 dan C7, yang menyebabkan saraf terhimpit sehingga mengakibatkan kebas tangan serta sakit belakang kronik,...





