Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 yang memperkenalkan idea serta konsep ‘Rumah Bangsa’ sebagai usaha terancang untuk mengembalikan asas muafakat Melayu yang dilihat semakin terhakis sejak kebelakangan ini.
‘Rumah Bangsa’ merupakan satu gagasan atau kerangka kerjasama politik baru yang diperkenalkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di PAU 2025,...





