Tidak seperti kebanyakan remaja seusianya, Nurin Adilah Muhammad Zohri, yang ketika itu hanya berusia 13 tahun, terpaksa menghabiskan banyak masa di hospital demi mendapatkan rawatan kemoterapi intensif selepas disahkan menghidap penyakit leukemia limfoblastik akut (ALL) pada 2021.
Penyakit barah darah dan tulang sumsum ini berpunca daripada pembiakan genetik yang, antara lain, menyebabkan tulang sumsum menghasilkan terlalu banyak limfoblas (sel darah...





