Kerajaan Johor telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi Monsun Timur Laut dengan menyediakan sebanyak 1,104 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di serata negeri, selain memperuntukkan dana berjumlah RM5.3 juta ($1.6 juta) bagi memastikan kesiapsiagaan bencana berada pada tahap optimum.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Cik Khairin-Nisa Ismail, berkata semua PPS yang berdaftar mempunyai kapasiti menempatkan sehingga 268,788 mangsa...





