Bilangan kes penderaan pasangan, warga emas dan kanak-kanak di Singapura yang dilaporkan, telah meningkat secara keseluruhan pada 2024.
Ini disebabkan kesedaran dan kesediaan lebih tinggi dalam kalangan mangsa yang terselamat, keluarga mereka dan orang ramai untuk melaporkan keganasan yang berlaku, baik kes membabitkan rumah tangga, dalam kalangan golongan senja mahupun anak-anak.





