Sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Singapura-Malaysia diraikan dengan penuh kemanisan pada 4 Disember.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan rakan sejawatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama-sama memotong kek perisa red velvet nutella buttercream yang disediakan khas bagi sambutan ulang tahun itu.





