Kerajaan Johor meningkatkan tahap kesiapsiagaan negeri susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melibatkan hujan berterusan, angin kencang dan keadaan laut bergelora yang dijangka menjejas beberapa daerah mulai 7 hingga 8 Disember.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata laporan terkini menunjukkan hujan berpanjangan diramal berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru...





