Kucing sering dianggap sekadar haiwan peliharaan manja dan menghiburkan. Namun, dalam Islam, kedudukannya jauh lebih tinggi. Ia antara makhluk ciptaan Allah yang mendapat perhatian khusus daripada Rasulullah saw serta para sahabat. Malah, sejarah Islam menunjukkan bahawa kasih sayang terhadap kucing mencerminkan akhlak mulia yang dituntut dalam kehidupan harian seorang Muslim.
Rasulullah saw dikenali sebagai seorang insan yang penuh sifat rahmat....





