JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan memberi fokus kepada aspek pendidikan, perlindungan sosial, ekonomi dan keluarga khusus buat wanita agar tiada kaum hawa di dalam negeri itu yang tersisih.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Cik Khairin-Nisa Ismail, berkata inisiatif berkenaan selari dengan hasrat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, untuk mendekati golongan wanita di peringkat akar umbi...





