Ruang masyarakat pertama yang secara khusus menyokong integrasi semula dan memperkukuh ikatan bekas pesalah dan keluarga mereka telah dilancarkan pada 23 Ogos.
Dijangka memberi manfaat kepada 130 alumni Rumah Peralihan HCSA Highpoint, ruang dinamakan AIMSpace yang terletak di bangunan Perkhidmatan Masyarakat HCSA di Lorong 23 Geylang, berfungsi sebagai hab bagi sesi terapi, bengkel latihan dan kegiatan masyarakat.





