Selepas hampir sedekad mengorak langkah dalam dunia seni, penyanyi bersuara lantang, Ara Johari, menyimpan impian besar untuk melihat namanya terukir di pentas berprestij, Anugerah Industri Muzik (AIM).
Namun, hasrat itu berkecai apabila lagu, Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL), gagal mendapat tempat dalam senarai ‘Top 5 AIM 24’ berikutan kesilapan teknikal.





