JAKARTA: Operasi menyelamat giat dijalankan bagi mencari 11 individu yang masih hilang selepas sebuah bot penumpang terbalik akibat cuaca buruk di Selat Sipora, Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat pada pagi 14 Julai.
Menurut kenyataan rasmi dari Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Mentawai, kejadian berlaku sekitar 11 pagi waktu tempatan pada 14 Julai, ketika bot berkenaan dalam perjalanan dari Sikakap ke Tuapejat.





