Bagi tiga tahun berturut-turut, Singapura disenaraikan sebagai bandar paling mahal di dunia bagi individu bernilai tinggi (HNWIs) menjalani kehidupan selesa, menurut satu laporan bank swasta Switzerland, Julius Baer.
Meskipun begitu, bandar ini kekal sebagai tempat yang sangat sesuai untuk didiami yang menarik minat golongan HNWI dan perniagaan disebabkan kestabilan politik, keselamatan dan mutu perkhidmatan seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata...





