DHARAMSHALA, India: Pemimpin kerohanian Tibet dalam buangan, Tenzin Gyatso, mengesahkan bahawa institusi Dalai Lama akan diteruskan selepas kematiannya, sekali gus meredakan kebimbangan berjuta pengikut Buddha di seluruh dunia mengenai masa depan jawatan itu yang berusia lebih 600 tahun.
Kenyataan yang diumumkan pada 2 Julai itu dibuat menjelang ulang tahun kelahirannya yang ke-90 pada 6 Julai dan dianggap sebagai langkah bersejarah...





