PETALING JAYA (Selangor): Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, selamat menjalani satu prosedur pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Jun.
Perkara itu disahkan Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, sambil menyifatkan kejayaan pembedahan itu bukti Malaysia memiliki kepakaran dan kemudahan perubatan setanding negara maju.





