Apa yang bermula sebagai kedai dalam talian yang menjual dadu dan aksesori permainan meja secara sambilan pada 2017 kini telah berkembang menjadi sebuah studio lengkap dengan pemudah cara berkemahiran tinggi dan pelanggan tetap yang setia.
Dikenali sebagai TableMinis, studio itu dibangunkan khusus bagi menganjurkan sesi permainan meja aksi fantasi, Dungeons & Dragons (D&D), yang memerlukan pemain membawa peranan sebagai wira...





