Hampir separuh, atau 45 peratus, syarikat yang ditinjau di Singapura merancang salurkan kenaikan kos daripada tarif baru yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kepada pelanggan mereka, menurut satu tinjauan kilat oleh Dewan Perniagaan Amerika (AmCham) di Singapura.
Firma lain pula merancang mempelbagaikan rantaian bekalan mereka bagi mengurangkan pergantungan mereka kepada pasaran bertarif tinggi, atau dengan merebut peluang memperoleh bahagian pasaran daripada...





