RIYADH: Arab Saudi telah mengumumkan perubahan besar dalam dasar visanya dengan mengehadkan pelancong dari 14 negara kepada visa kemasukan tunggal sahaja bagi tujuan pelancongan, perniagaan dan lawatan keluarga berkuat kuasa 1 Februari lalu.
Keputusan ini menyaksikan penggantungan visa kemasukan pelbagai untuk tempoh satu tahun bagi warganegara Algeria, Bangladesh, Mesir, Habsyah, India, Indonesia, Iraq, Jordan, Maghribi, Nigeria, Pakistan, Sudan, Tunisia dan...





