Lebih 3,000 penyokong bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Encik Najib Tun Razak, termasuk parti pembangkang membanjiri perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya sejak awal pagi 6 Januari untuk menyertai ‘Himpunan Solidariti Najib Razak’.
Walaupun Umno yang awalnya menyeru kehadiran orang ramai terutama ahlinya ke himpunan itu membatalkannya di saat akhir selepas Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong, ribuan ahli...





